UMUM

Rumput Karpet Untuk Abah

Rumput Karpet untuk Abah thumbnail

Dear Abah,

Pertamanya sorry bah, Emen dah terpengaruh dengan trend budak-budak zaman sekarang yang segala mak nenek nak update kat wall fb, tapi bah, kalau tak update kat fb takkan nak lukis kat dinding rumah plak kan.

Keduanya, masa abah hidup, kami jarang gila nak tengok abah kat bote, tambah-tambah budak 2 ekor ni, cukup liat nak tengok abah, tapi alhamdulillah bah, nak ajak bersih kubur, buat kubur, sekali ajak jer terus on,

Ketiganya, kami memang tak mampu nak belikan rumah kat abah masa abah masih hidup, so kami decide, takkan la abah dah meninggal pun kami tak mampu nak melawakan kubur abah, so kami decide untuk bubuh rumput karpet sebab orang alim ada cakap bah, setiap helai daun tu akan berzikir untuk simati. Tak tahu la bah hadis sohih ke dhaif ke maudu. Tp kalau sohih bah, ni dah macam “life hack” sbb kitaorg choose rumput karpet, berapa banyak daun tu kan bah. Lagipun hispter sikit bah design ni sebab jarang orang melayu buat. Lagipun kan bah ade khilaf tentang binaan atas kubur. So kami decide jauhi khilaf tu dan biarkan kubur abah jadi paling hijau kat kawasan perkuburan tu…

Keempatnya, Saje Emen pilih rumput karpet dan pokok hidup bah, sebab Ewan dan Pejey kena datang untuk trim pokok-pokok tu dan tabur baja every month diorang turun dr cameron, so nak taknak diorang kena lawat abah jugak kan. Hehe bijak tak bah.

www.kedaiebook.com

Kelimanya, sengaja update kat wall ni bah, sebab kami doakan abah now kat heaven, so abah boleh mintak hanphone tuk baca & like post ni bah. dah takde orang call kami every 5 minit untuk tanya pasal cuaca hujan ke tak. Dah makan ke belum. Hmm Emen dah jadi abah pada Humaira baru tau perasaan rindu kat anak tu mcm mana. Hmmm. Ok bah. Ni je kami mampu lakukan selain doa dan sedekah fatihah kat abah.

Yang masih hidup, ada mak abah tu. Kalau emak abah call, mesej tu maknanya diorang rindu, so amik jela cuti. Duit banyak-banyak pun bukan boleh tabur atas kubur mak abah tu nanti. *pesanan tuk diri sendiri.

 


Penulis : Faizul Ezmin (FB)

Klik sini untuk kongsi cerita anda.

You Might Also Like