UMUM

Pengantin Laki Hensem, Tak Padan Dengan Pengantin Perempuan Tu

Pengantin Laki Tu Hensem Tak Padan Dengan Pengantin Perempuan Tu thumbnail

Dulu aku pergi satu kenduri kahwin. Lepas aku dah kenyang dengan lauk kenduri yang sedap, aku dengar la ada suara sumbang lagi sumbing kat belakang aku ni.

Aku bukan nak amik port tapi makcik tu sembang kuat sangat. Dah la gigi makcik tu terjulor keluar. Lagi pun kuat sangat DJ pasang lagu pengantin baru.

“Pengantin laki tu hensem tak padan dengan pengantin perempuan tu. Cari la yang lawa sikit. Mekap pompuan pun tebal. Pondan la tu mekap”, kata makcik gigi tu. Aku pun tengok muka husband dia yang tengah makan tu. Laki dia ada rupa jugak tapi muka makcik tu macam penyapu ada la lagi mau kata orang.

Dah banyak kali aku dengar suara-suara macam tu. Biarlah dia nak kawin dengan sapa pun sebab dia dah pilih dan selesa dengan jodoh dia. Tak semestinya rupa. Nak puaskan hati orang buat apa.

Yang keluarkan duit kos kau kawin kenduri  tu kau semua. Bukan mulut orang lain yang busuk akibat gigi berlubang yang tak ditampal. Dah la berlubang, ada sisa satay daging 3 hari pulak tu. Ahh bau jibake.

Anak sendiri pun muka macam belacan. Jadi tak perlulah nak kata kat orang. Jika kita pun belum kawin, jangan lah kata kat jodoh orang lain takut pasangan kau esok-esok ni dapat muka penyapu jugak. Kalau tak ada cermin bagitahu, aku nak bagi masa hadiah besday.

Apa-apa pun kepada pasangan yang dah kawin sekarang, bersyukur dengan jodoh. Paling penting jaga kesihatan, jaga agama, jaga penampilan walaupun rupa biasa-biasa pipi tembam hidung kembang. Kalau dijaga, lama-lama akan jadi hensem ataupun cantik.

www.kedaiebook.com

Kawan pompuan aku masa sekolah muka dia ya rabbi.. Rasa nak je tepok mulot laju-laju. Bila dah besar, muka cantik, kulit gebu, dan badan pun tip-top. Rasa nak peluk ceom pun ada. Kembang kembang keras jugak lama-lama tengok.

Biarlah jodoh orang tu dengan sapa pun. Tak perlu kita judge seolah-olah kita malaikat. Bukan dia kawin dengan beruk. Bersyukur la pasangan kau tu tak kena kebas.

 


Penulis : Hafiz Mansor

Sumber

Klik sini untuk kongsi cerita anda

You Might Also Like