UMUM

Normalisasi Pornografi

normalisasi pornografi

Assalamualaikum Admin.

Aku harap admin sudi approve cerita aku, sebab ada perkara penting yang aku nak sampaikan kepada rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, aku budak UIA. Tahun satu.

Aku tulis ni dengan perasaan sebak dan air mata yang berjuraian keluar.

Entahlah. Aku tak tahu mcm mna nak describe perasaan ni.

Aku yakin dan percaya, semua dah baca viral pasal ibu yang gugurkan bayi tu. Sreenshot message pasal tu dah viral.

Dan kau tahu, aku nangis baca conversation diorang. Aku tak sanggup nak share. Aku tak sanggup jugak nak tatap gambar baby yang tak bersalah tu.
Dibunuh macam tu aje.

Ya Allah. Hanya Allah je yang tahu perasaan ni. Gila. Gila sangat. Aku tak expect kebejatan sosial negara kita sampai tahap ni. Sampai hilang rasa kemanusiaan. Sebagai seorang perempuan, yang bakal menjadi isteri dan ibu, aku jadi sangat risau.

Risau bagaimana aku nak didik generasi akan datang yang aku yakin, cabarannya lagi besar.

Aku terfikir, di mana silapnya sampai jadi mcm ni sekali.

Dan, aku dapat jawapan. Aku rasa NORMALISASI BAHAN LUCAH lah salah satu punca semua ni.

YA, perkara lucah yang dijadikan bahan jenaka.

Tengok je rancangan realiti lawak di negara kita, ML/MLM.. Berapa banyak lawak lucah yang ada.

www.kedaiebook.com

Hmm, dan capaian internet yang terlalu luas, dengan apps yang mengarut seperti WiCet. Sehinggakan budak perempuan seawal 8 tahun sudah pandai melucah di WiCet.

Dengan cerita cerita sekarang (cerita melayu pun termasuk) memaparkan adegan peluk cium, adegan ranjang, pelakon seksi.

Termasuk jugak novel novel yang beredar di pasaran sekarang. Yang tak sesuai langsung dibaca oleh masyarakat umum. Adengan peluk cium, malam pertama benda biasa dalam novel, dan pembaca2 novel tu ramai budak2 perempuan yang masih sekolah. Jika bergelora. Dan jangan terkejut budak sekolah rendah pun ada jugak baca benda macam tu.

Menonton video porno pun dah jadi perkara biasa pada masyarakat sekarang. Bukan lagi perkara yang asing dan jenayah. Aku jadi sebak, sedih dan kecewa bila dapat tahu, keberadaan video-video porno tu perkara standard dalam kalangan budak-budak sekolah. Lelaki terutamanya. Iyalah, sekolah rendah pun dah ada smartphone.

Dan sedikit demi sedikit, tanpa kita sedari kita jadi sebati dengan normalisasi lucah dan pornografi ini, sehingga tidak ramai yang memperjuangkan untuk banteras anasir ni. Ya. Aku akui ada, tapi tak ramai.

Tolonglah, hentikan budaya normalisasi lucah. Hentikan lawak jenaka lucah. Hentikan semuanya. Aku kecewa. Semua benda berunsur lucah. Dari novel, drama TV, lagu hmm 🙁

Apa yang boleh aku pesan,
ibu ibu, bapa bapa, tolonglah, tolonglah.

cek henfon anak anda. Kalau dia buat password, suruh dia bagitau dan periksa. Beri syarat pada mereka, nak henfon boleh, tp bagai syarat agar anda dapat akses henfon mereka.

Pornografi ini merosakkan otak. Sungguh.

 


Penulis : Nana

Sumber

Klik sini untuk kongsi cerita anda.

You Might Also Like