TRAVEL

[LOG] Bertahan di Gunung Banjaran Titiwangsa Selama 21 Hari (Trans Titiwangsa V3)

trans titiwangsa version 3

Penafian : Cerita ini adalah sebuah cerita sekumpulan anak muda yang diterajui seorang ‘Mountain Guide’ yang begitu teruja untuk menerokai keindahan alam ciptaan Illahi di tanah air sendiri. Cerita ini tidaklah sehebat perjalanan sesetengah pendaki ke Gunung Rinjani ataupun Gunung Everest, Gunung Kilimanjaro, mahupun ke Annapurna Base Camp yang menjanjikan view dan perjalanan merentasi ais serta glacier. Ini sebuah cerita sekumpulan pendaki muda dan sejarah pendakian di Malaysia sebagai kumpulan pendaki universiti pertama yg merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh ~200km dalam masa 21 hari. Tanggapan setiap individu itu pasti berbeza. Niat kami hanya utk berkongsi cerita dan pengalaman. Ini adalah penceritaan individu dan dari perspektif kaca mata sendiri.


16/1/2016
Day 0

Cuti aku lulus 2 hari sebelum trip ni. Before tu, aku Macam nak ON then kejap nak OFF. abang poncho dah pelawa aku dr bulan 9 2015. Lepas 1st trip dia masuk dengan geng UTM, dia selalu rest kat umah sewa aku. Sampai KL je dia akan halo aku, rest dulu kat Ampang. Macam2 la dia cerita. Apa yang berlaku, itu ini sepanjang trip tu. Dan nape dorang keluar ikot YY.
.
untuk trip ni, aku apply unpaid leave selama 21 hari. Kompom la company bagi pasai boleh jimat kos gaji untuk 1 bulan. Time ni aku dah berkira2, pening sebab sblm nak p aku kena bayar duit kereta, duit sewa umah, bil tepun dan itu ini untuk bln Feb. Tapi tolak tepi dulu pening2 ni. Peluang yang abang poncho kasi untuk join trip ni bukan senang dpt. Dia betul2 pilih dan yang dia percaya je. Kami semua yang dpt pergi kena janji untuk tak bagitau sesiapa kemana kami akan pergi, apa nama trip dan apa2 info lansung kecuali kpd family dan rakan terdekat. Aku dpt join atas tiket OGKL dan alumni UTeM. Mostly dorang sume ni full time student dan memang fit2. Selain students ni, ada team SOS seperti abang Salan, Uncle Adam, Atin. Dan Chimoy as pengiring untuk geng yl as requested by abang poncho. Dgr cerita sblm pergi, geng UTM ni training selama 6 bulan sebab dorang betol2 belajar dr 1st trip tu dari segi fitness, pengurusan makanan dan prog. Kem dengan Ikhwan yang arrange training dorang. Aku? Emm. korang tunggu la next cerita bila aku yang tak fit ni trekking. Macam mana nak hadap woiii, 21 hari dengan tak training.
.
2 hari sblm trip dak Ayam UTM ada wasap dan minta aku clearkan payment trip. Korang rasa bape kos trip ni? RM 1800 ke? RM 700 ke?hehe.korang salah weeii.trip 21 hari ni just RM 350.00. All in include transport Shah Alam – Gua Musang, powil, guide, ration, baju. memang berbaloi sgt. Tu yang aku pikir, ahhh sign in terus la.
.
Aku tak trening langsung untuk trip ni. Bukan tak mau, tapi tak sempat. Lagi pun, cuti lulus hari Selasa dan Jumaat dah kena gerak ke Shah Alam. Memang tak sempat nak jog or p gym. Aku tawakkal je join dorang ni. Trip ni dipandu arah oleh abang poncho. 5 tahun dia rintis-part by part untuk laluan ni. Dan misi sekarang adalah merentasi laluan Banjaran Titiwangsa dari Gua Musang bermula di Kg Rekom ke Blue Valley Dam di Cameron Highland tanpa ada bantuan ‘resupply’ ration selama 21 hari. 6 G7 untuk pendakian ni. Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar. Dengar2 ada team pnh buat 1997 dulu. Tapi tak tau la depa sukses or tak. Ada cerita yang dorang keluar amik ration, then masuk balik kat Kuala Mu. Tapi tak kesah la, sebab bukan mudah nak stay lama2 dlm hutan ni. Salute to team ABM 1997!! Kalau dorang tak cuba buat dulu, tak kan tercetus idea untuk trip ni.
.

17/01/2016
Day 1
Sampai je Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang, muka masing2 nampk excited sangat. Bila team UTM keluarkan guni, guni dan guni lagi. Terkedu sorang2 wei. Ration setiap orang by guni. Ala macam guni beras tu. Dan setiap guni tu dah ditimbang. 17kg or more untuk setiap seorang bawak ration company. Aku dpt guni No 6 dan bersama dengan Team 3 sepanjang trip ni. Team ni lead by Ted The Encem. Dan team ni gak ada Pah, Cokek, King, Asun (Chef), Zizan Bonas, Alam, Abu, Azim, dan Koi. 11 org semua nya. Setiap guni yang diberi tadi tu adalah amanah. Dengan kata lain, kena pikul barang2 dalam guni tu. Masa aku repacking balik beg, guni no 6 ada 8 buah gas butane, beras tak ingat bape kilo mgkin around 6kg kot, gula, tepung, santan, barang2 camping, dan banyak lagi yang aku tak ingat. Total berat guni tu adalah dlm 16kg je. Kami sume pun amik guni masing2 dan packing malam tu. banyak jugak barang2 personal yang tak boleh nak bawak sebab beg dah overload. Baju pun bawak ckup2. Baju trekking 1 set, baju tido 1 set. Windbreaker 1. Jacket bulu angsa 1. Kasut Mizuno Wave 1. Selipar tak bawak. Tinggalkan kat masjid. Stokin 3. Suar tight 1. Itu je la yang boleh.
.
Ration
-So beban ration semestinya membebanakan. Average berat ration sahaja 17kg untuk lelaki dan 13kg untuk perempuan. antara ration yang dipikul semasa trip;
beras – 171kg
gula – 60kg
telur – 4papan
minyak – 15kg
ayam – 11 ekor
daging – 36kg
kau tengok daging tu je dah 36kg total. berapa hari nak salai tu ? ya 3 malam berturut proses menyalai daging tu. nokharom lama. (Ateam Blog)
Peralatan
-untuk peralatan camping pulak, ateam, marc dan kresma telah turut sama menyumbang. emergency blanaket antara peralatan personal yang wajib dibawa setiap ahli. ni semua sebab pelbagai tragedi terjadi pada edisi pertama dahulu. (Ateam Blog)
.
untuk trip ni, aku guna beg Karrimor Jaguar S 60-82 Costwold Edition Olive (production date 1996) yang baru sampai dr UK. Alep Muadz yang uruskan shipping beg ni dan beliau antara insan terawal yang tau aku nak ke V3 ni dlm bulan 9 kalo tak salah. Beg ni memang bes sebab besar dan selesa bila pakai cuma ada 1 je kelemahan beg ni iaitu tak da side poket. Memang beg nampak cun, beg berdiri tegap, gagah tp bila packing untuk trip panjang agak susah sebabnya kita perlukan ruang untuk isi air, jajan dan Macam2 lagi. Ye la beg vintage kan memang berbeza dengan sistem beg baru yang ada kat pasaran sekarang ni. abang Salan dengan Karrimor Sabre 60-100, ada yang dengan Macpac, Deuter, Tatonka, Dugong pulak dengan Karrimor Jaguar S 60-80 Kepala Rimau, Daus guna Osprey 100l dan yang lain2 punya beg sume besar2. Kami sempat timbang beg masing2 dan paling berat beg abang poncho dan Azim – 45kg.
.
Lepas 2 jam, kami siap packing. Mata masih tak boleh nak lelap. Jam dah dekat 3 pagi. Ada yang masih mengecas hp dan ada yang sudah lena. Ada jugak yang tengah borak2 sebab kami semua kan dari universiti berbeza dan ada yang dah kenal dan ada yang baru first time jumpa. Macam aku ni just kenal abang poncho, abang Salan, Dugong, Daus, Cokek, Azim, Tiqa. Tu pun geng2 rapat Karrimor dan junior dr UTeM. Ok la ni kan, ada gak geng boleh borak2. Sambil menunggu subuh menjelma, masing2 lena diulit mimpi. 07.00 pagi lepas selesai solat subuh, kami semua sempat update last position kepada family dan rakan-rakan terdekat. Sarapan dulu kat kedai sebelah masjid ni. Siap2 tapau. Dan ini lah lauk paling best aku rasa arini. Ni pun sebab nak sedapkan hati. Lepas ni tak tau la apa nak hadap kat dalam tu.
.
08.40 kami start naik 4×4. Ada lebih kurang 3 biji powil yang menghantar kami ke ‘droppoint’ di Kuala Betis. Hampir 3 jam 30 minit berjoget atas powil, kami sampai ke ‘droppoint’ baru. Laluan asal dah tertutup dan ada tanah runtuh. Powil stop kat situ dan kami mula la unloading barang. Jam menunjukkan dah dekat kol 12 tgahari Macamtu. Tanpa berlengah, abang poncho terus melangkah laju ke ‘droppoint sebenar’ dan kami terus berehat untuk solat zohor dan lunch. Tepat jam 14.00, kami semua mula la melangkah perlahan-lahan menuju ke Kg Rekom. Matahari mula tegak di atas kepala. Dengan bebanan hampir 35kg setiap seorang. Fuh. berjujuran air peluh jantan kami jatuh ke bumi. Yang dah pernah pergi CUS tau la kan. Trek balak tu Macam mana. Azab la hai, dengan beg berat. Time tengah pacak, ada pulak Viva (Ajie dengan Pah) datang potong. Kita ni dah la Kancil seasons. Tunggu masa pulak nak breakdown. Dak2 Viva ni sedap2 potong kita dengan muka tak bersalah sambil nyanyi2. Rasa nak nangis wei time ni.
.
Slow je kami trekking sampai ke view point. Dari sini dapat dilihat view beberapa puncak gunung. Kami berhenti sekejap dan lepaskan lelah. Minum air dan take a nap. Kebanyakkan geng UTM ni sume padu2. Depa training, syok tengok dorang trekking sambil nyanyi.lalalala. Macam King, Kem, Ted, Ayie, Ikhwan dan ramai lagi la. Hebat dorang wei. Fit sgt2. Power trok. Time ni aku dah pikir 2 kali. Kalau nak balik sempat lagi ni.haha. aku dah pernah ke Chamah sblm ni. Pernah bawak geng UiTM 11/11/2011 dulu untuk misi 30 puncak UiTM so jalan balik aku masih ingat lagi.
.
Phan mula menunjukkan kesakitan di bahu akibat beban yang berat. banyak kali Phan rest. Dan untuk trip ni dia gunakan Osprey yang aku rasa agak besar sikit compare dengan body dia as girl. Bila load terlampau berat, load jatuh dari pinggang dan effect bahu. Beg Tiqa pun tak kurang berat nya. Dak Tiqa ni pulak baru sebulan kawin. Punye le power Shahrul Kerex kasi lepas. Salute wei kat couple ni sebab dorang memang kaki hiking. Mungkin kimia yang ada tu buat Shahrul percaya kat Tiqa dan kasi join trip ni. Tapi untuk Phan, kesian aku tengok dan aku pun kesiankan diri aku. Dah la tak training, ni laa. mendapatttt. mencakopp bak kata abam Anep geng Scuba Trekker. Kami trekking dan follow pace Phan dan Tiqa. Dan paling best, aku polo Azim sebab dia ada water filter. Air lopak pun rasa fresh. Syahdu bila dpt rasa air sedap ni time tengah melayan trek balak.
.
Kami tiba di Kem Sg Rekom lebih kurang jam 6 petang. Salin baju, pasang fly, dan tentu korang terpikir Macam mana untuk ration hari pertama? Ni la yang agak special untuk trip ni. Pengurusan makanan atau ration dari geng UTM ni agak bijak tapi seksa. If dorang tak buat Macam ni, susah untuk kami nak kena repacking barang2 setiap hari. Mula-mula tadi kan aku ada cakap yang dorang kasi guni kan? Setiap guni ada no. So orang yang dapat guni bernombor 1 aje yang keluarkan ration. Kalo korang no 11? tunggu rotation ke 11 nanti. hehe. GOOD LUCK la weei. duk pikul la setiap hari ration berat2 tu. kikiki. pedih tau. sebab aku no 6. nak tnggu turn no 6 pun paduuuu .menangis je la dalam hati. Tuhan aja yang tau sakitnye.
.
Hari pertama kami sampai ke penghujung. Kami berehat untuk malam ni di Kem Sg Rekom. Asun as chef malam ni dengan menu special untuk topup lik energy kami yang dah guna siang tadi. Usai selesai makan malam dan kami semua tidak sempat bersembang panjang. Masing-masing sudah mula menjengah mimpi. Kesakitan hari ini perlu diubati. Getir hari esok menanti kami untuk perjalanan daypack ke Puncak Gunung Chamah.

 

 

www.kedaiebook.com

Part II : [LOG] Bertahan di Gunung Banjaran Titiwangsa Selama 21 Hari (Trans Titiwangsa V3) II

Penulis : Sapex OGKL (FB)

Log: Zulfazli KRESMA

Klik sini untuk kongsi cerita anda

You Might Also Like