TRAVEL

[LOG] Bertahan di Gunung Banjaran Titiwangsa Selama 21 Hari (Trans Titiwangsa V3) II

trans titiwangsa version 3

Part I : [LOG] Bertahan di Gunung Banjaran Titiwangsa Selama 21 Hari (Trans Titiwangsa V3)

 

18/01/2016
Day 2
Kem Pakma – Kem Tengah – Kem Tongkat Ali – Puncak Tipu – LWP – Puncak Chamah – Kem Sg Rekom.
.
Subuh menjelma dan embun pagi mula menggigit kami dengan kesejukan. Kem Sg Rekom ni memang betul2 dekat dengan WP. Secara tak langsung, kesejukannya tu mengundang kemalasan kami untuk bangun. Kami bangun dengan semangat yang baru untuk menghabiskan misi ini, setelah dituruni hujan malam semalam. Hujan hari pertama merupakan salam pengenalan bagi kami, seolah-olah akan ‘temani’ kami hingga ke akhir ekspedisi. Huhu. Slow-slow, Azim keluar dari sleeping bag dan kejutkan yang lain. Usai semua selesai tunaikan kewajipan agama, kami mula membantu apa yang perlu. Chef-chef untuk setiap Team dah mula berniaga. Breakfast kami pagi tu telur, mushroom soup dengan roti. Lepastu masak sekali lunch pack (nasi, ayam sambal, sayur campur) best weii keluar ration. TAHNIAH LAAA yang dpt keluar ration untuk hari ni.eemmm.Aku menunggu la turn esok. huhu. Lepas breakfast, masing2 kemas beg yang hendak disimpan dekat Kem Sungai Rekom dan bergerak terus ke destinasi tujuan.

.
Matahari mula menjengah, kami cepat2 bersiap dengan barang-barang untuk daypack. Target hari ni, Gunung Chamah (2,171 m), G7 pertama untuk XPDC ni. Semua peserta confident yang harini tak da ‘kerja berat’ sangat disebabkan hanya daypack ke Gunung Chamah. Rasa jela, tapi tengok la nanti. Hahaha. Selepas selesai sesi briefing dr abang Poncho, dan bacaan doa. Kami menuju ke Kg Rekom. Hampir 4 tahun aku tak ke sini, banyak yang berubah. Dari apa yang abang Poncho cakap, semua penduduk kampung dah berpindah ke kawasan baru. Disebabkan kes ‘bah besar’ yang melanda Kelantan beberapa tahun dulu. Sekarang ni yang tinggal hanya rumah-rumah usang dan hanya ada 1 rumah je yang berpenghuni. Team Sweeper hari ni dianggotai oleh abang Salan yang famous ngn tagline ‘Wei, apa lagi Melayu mauuu?’. Dalam trip ni, abang Salan menggelarkan diri sbg ‘Tailong’. memang style wei nama. Dengar nama pun dah cuak kan. Gaya dah mcm gangster tapi muke kiut comey ngat. alahaiii. Hahaha. Selain itu, ada Uncle Adam (aku dapat interview beliau kt Kem Sarsi tentang apa yang terjadi kepada Arwah abang Sharil (UUM) yang meninggal tahun 2006 or 2009 (tak ingat tahun) di Kem Sg Retak), Atin SOS dan Abu Kresma. Dorang ni antara sweeper paling cekal dan power. Menghiburkan dan membantu kitaorang. Maklumla kebanyakan yang pergi students. memang penting ada hikers berpengalaman macam ni untuk membantu.

.
Lain macam kaki ni, semalam kita push dengan beg berat. Hari ni jadi macam ringan-ringan dan sengal pulak. Rasa badan macam nak terbang ooo, yela semalam dengan bawa load berat harini daypack je. Adoi dah kenapa ni. Nafas aku dah start mcm style ‘kerbau’. Chimoy jalan sekali dengan Pah dan Ajie. Dua buah Viva ni jangan pandang rendah. Kat kawasan pacak boleh rileks je pakai gear 4 dan potong yang lain. Geng2 UTM pun memacu laju ke depan. Aku tekankan lg kat sini, depa memang fit. Macam Bali lak, dia ni baru start naik gunung, tiptop kelajuannya dan suka buat lawak. tapi kadang2 lawak dia mcm tak sampai je. hahaha. Geng UiTM pon power. Zul, Jidin, Alam dan Zarul takmau mengalah. Adi, Tiqa dengan Phan pun cucuk rapat. Tu belum lagi ultra trail runner kita. Pian UIA dan Koi UIA yang jalan nonstop. Aku macam biasa, disebabkan tak trening aku polo Azim, Cokek, Daus dan Dugong sbb Asun dah hilang kt depan. Mula je cross sg kecik, nahhh tu diaaa. pacaakk!! Takpe, keep calm dan layan je sbb aku masih tau lagi trail ni even ada beberapa laluan yang dah berubah untuk sampai ke Kem Pakma dan Kem Tengah.

.

Peserta masih malu2 kucing sebab masih belum berkenalan dengan sepenuhnya, ye la kan tak kenal maka tak cinta. Huhu. Karok on trek la jadi penyebab untuk salam perkenalan. Fuhh semangat betul diorg ni, steady je karok pacak2 pun. Dalam perjalanan ke Kem Tengah, kami jumpa Pokok Sarsi. (sapa yang selalu ke Chamah akan jumpa sebab pokok ni tengah trek). Kami amik stok sikit buat air teh nanti. So, ada la perisa.
.
12.30 pagi, sedang kami melayan karok, tetiba nampak Qahar dan beberapa org lain jadi petani. Rupanya budak2 ni jumpa tongkat ali weii. Besar nakharom. Punya le gigih dorang cabut. Katanya besok kita boleh buat air tongkat ali. Aku iye kan aja. Sebab yang pure mcm ni tak pernah lak test. Standard aku beli kt 7E yang brand Ali Cafe tu.

.

www.kedaiebook.com

Tepat jam 1.00 tghari, kami tiba di Kem Tongkat Ali. Kami amik kesempatan untuk makan lunch dan berehat. Topup air sebab lepas ni nak layan pacak ke Anak Chamah dan seterusnya kena tipu ngn 7 puncak sebelum ke Puncak Chamah. 1 jam 30 minit jugak melayan pacak tadi, kami tiba di Anak Chamah. Perjalanan diteruskan dengan melalui beberapa puncak Anak Chamah, dan Tiqa buka kisah cinta dia dengan suami. Huhu. Sweet sangat. Kami tiba di Puncak Chamah lebih kurang pukul 1730 petang. Slow kan kami? Sebab penat semalam pun tak habis lagi. Kaki masing-masing masih terasa sakit sebab bebanan ration yang berat tu. Team Sweeper tiba sejam kemudian dan diadakan pesta maggi dan air kopi campuran pelbagai perisa. Kesejukan Chamah mengundang kami untuk tidak berehat lama. Relax, makan2, minum dan ambil gambar group sebelum gelap.
Turun la kitorg untuk sampai ke Kem Sg Rekom tu. Dalam kegelapan malam, kami terus berjalan. 4 jam kemudian, kami tiba di Kem Tengah. Lapar dan letih. Masa tu abang Poncho kata take 5 dulu. Nikmat betol bila dengar abang Poncho cakap mcm tu. Huhu. Semua pakat layan baring nak take 5. tapi sume dok bantai tidor terus situ nampak gayanya. Ramai peserta flat dan nak tido di situ tapi akhirnya decide untuk tetap ke Kem Sg Rekom. Power nap 30 minit. abang Salan macam biasa dah mula mengejutkan kami. ‘Wei kome, bangun wei. Kita tido kemsite’. Dan bangunlah kami, gerak pelan2 sampai ke Kem Sg Rekom dalam pukul 2 pagi.

.
Layu, letih lesu. Sampai dekat Kem Sg Rekom, semua lapar. Mana tidak nya dari tadi asyik kunyah jajan. Ni tips la ekh, untuk mana-mana trip panjang, jajan ni penting tau. Ala jajan mcm cloud9, mentos, gula2, oreo, kurma or biskut tiger sekalipun. Trip ni aku mintak Dugong tlg setting kan. Sebab dia masih lagi student time ni kt UTHM. Dengan nada bersemangat. “Takpe Capek, saya settlekan”. Aku pon ok la. So aku takde la shopping jajan ni. Cuma aku mintak Dugong packing kan untuk 10 hari, 10 hari. memang kami estimate 20 hari trip ni. Ada mcm-mcm yang dia beli mcm hazelnut, kurma, badam, gula2, 2 packet cloud9 (10 pcs). So, sebelum gerak 2 hari lepas dia kasi aku 1 set jajan dah siap packing. Aku estimate 1 hari 2 cloud 9, 3 biji gula2, badam pon sekadar rasa. Hahaha. tapi silap semua ni kawan. Tenyata silap. Packing ni dah betol. Tapi tak cukup geng. Korang bayangkan la Azim punye jajan byk gilee. Dak UTeM ni packing 1 plastik jajan sehari. Ada 20 set jajan dorang dh standby. Cam Kem lak ada macam2 stok. Padu je dia nyonyot coki2 depan aku time trekking hari ke 11, 12 mcm tu. Ayie ada stok kacang dan Nestum. Aku ngn Dugong? Tinggal habuk2 dan serdak je. ooohh man. Sedih time ni, saat orang lain masih ada lagi jajan, aku terkapai-kapai nak kan kemanisan gula-gula seteroberi or mentos. Gilee syahdu. Ada satu hari tu Kem kasi aku 3 biji gula-gula (hari ke 13 kalo x salah). Aku simpan elok2 dalam poket seluar. Aku just makan time emergency je. Tu niat aku. “Emm.mcm nk makan la.tp aku tahan.boleh lagi ni. Aku masih mampu.” Aku makan time aku penat sangat2, 1 je gula2 yang aku makan. Lagi dua, aku simpan selama 2 hari. aku nak mintak orang lain pon segan sebab time kt dalam tu, semua barang dorang berniaga wei. Ada sistem barter. Kau ada Kit Kat, aku takda apa2. So, maap geng. Kita tak jadi deal. Tapi kalau kau ada Kit Kat, aku ada Nestum, kita boleh tukar2. Haha. yang aku ni lak. dok tengok je dorang sambil seluk poket seluar dan check ada lagi tak gula-gula yang Kem kasi 2 hari lepas. Hahahaha. Benda ni tak lawak geng. Syahdu bila tengok orang makan Kit Kat dan kau menelan air liur je. Dan lagi best bila nk dekat hari ke 17, Kem boleh bergurau kasar ngn aku, “Ala, sy ingat abang ada lagi jajan, pasal tu saya tak kasi”. Aku time ni muke kelat dah. Padu kata-kata kau Kem, menusuk kat dada ni. Tapi sebenarnya dorang kasi kalau korang mintak cuma aku ni tak sampai hati asyik-asyik nak mintak gula-gula je. Kang aku perabihkan dorangnye dah kami makan lumut reramai pulak. hahahaha.

.

Berbalik kepada hari ke 2, sampai je kt Kem Sg Rekom, masak la kami beramai2 sebelum tidur. Lapar mengantuk sejuk, mana nak dahulu kan ni? haha. Lepas makan, semua dah mula melunjurkan kaki dan meluruskan pinggang. Terasa padu hari ni. Daypack yang bukan biasa-biasa. Hari ke 3 pasti lagi mencabar. Sambil cuba melelapkan mata, aku terfikir apa la cerita mereka di luar. Kami didalam masih bertarung dengan keutuhan fizikal dan kekuatan mental. Moga semuanya baik-baik saja. Kepada Allah aku berserah. Lama kelamaan, kami semua hanyut dibuai mimpi.

 


Part III :

Penulis: Sapex OGKL (FB)
Log: Zulfazli KRESMA

Klik sini untuk kongsi cerita anda.

You Might Also Like