UMUM

Jodoh Keropok Lekor

Jodoh keropok Lekor thumbnail

Assalammualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita aku ni.

Sedikit intro pasal diri aku. Aku Kama, perempuan & berasal dari Pahang. Berkerja sebagai pensyarah di Johor Bharu. Sebelum tu aku nak cakap yang cerita aku ni sangat panjang. Kalau berminat untuk tahu secara details, korang baca la setiap perenggan.

Aku nak cerita pasal JODOH. Selalu kan kita dengar orang cakap ‘Kalau dah jodoh, tak ke mana’. Aku sangat setuju pasal ni. Berdasarkan apa yang dah terjadi pada diri aku sendiri, alhamdulillah Allah Maha Besar. Dia susun atur hidup aku sangat cantik. Ceritanya macam ni. Masa sekolah rendah (darjah 6), ada sorang budak laki ni konon-kononnya minat kat aku. Kenapa aku kata konon-konon? Sebab, masa tu aku rasa kitorang kecik lagi, and aku rasa kalau sekolah rendah ni semua budak tak serious. Aku namakan budak laki ni Ahmad. Ahmad ni budak pandai & aktif sukan. Jadinya masa sekolah, si Ahmad famous dalam kalangan cikgu, budak sekolah & semua yang ada kat sekolah tu. Boleh dikatakan semua kenal Ahmad sebab kepandaian & kehebatan dia dalam bersukan.

Berbalik pada cerita yang Ahmad ni kononnya minat kat aku. Kitorang bukan satu kelas. Dia pandai, dia kelas first. Aku kelas second sebab tak pandai sangat hehe. Masa sekolah dia selalu belanja aku keropok lekor waktu rehat, nak ambik hati kot. Tapi aku tak pernah makan. Bukannya sombong, tapi aku allergy dengan keropok lekor. Kalau makan, naik ruam satu muka. Habis bengkak. Aku pass aje kat kawan aku.

Darjah 6 ade exam UPSR, jadinya bersungguh la aku ni study sebab nak masuk asrama penuh. Bila result keluar, alhamdulillah aku dapat 5A. Masa tahun tu ada 6 orang student yang dapat 5A. Aku dapat sekolah asrama penuh kat Johor & aku dengar cerita Ahmad dapat asrama penuh jugak, di Kuantan. Lepas habis sekolah rendah, aku tak dengar sangat dah cerita pasal Ahmad.

Masa hari last sekolah, biasalah budak-budak semua busy mintak biodata, tak nak lost contact la kononnya bila dah masuk asrama. Ahmad macam biasa la excited suruh aku tulis biodata kat buku dia. Aku tulis nama, lepas tu aku lukis gambar burung bangau kat sawah padi. Motif? Entah lah, itu je yang aku pandai lukis kot time tu. HAHA. Ahmad request nak alamat rumah aku, dia kata nanti nak tulis surat. Mana la pulak aku hafal alamat penuh masa darjah 6 kan. Aku tahu nombor rumah & nama jalan je,so aku tulis itu aje la. Habisla cerita sekolah rendah. Lepas tu aku tak dengar berita apa yang jadi kat Ahmad.

5 tahun lepas tu, aku habis sekolah menengah. Lepas dapat result SPM dapat offer masuk matrikulasi selama setahun, lepas tu aku further degree di IPTA kat Selangor. Habis degree, aku terus sambung Master sebab nak penuhi hajat mak nak sangat anak dara dia sorang ni jadi pensyarah. Habis master, dalam 3 bulan dapat offer jadi pensyarah IPTS di Johor Bharu. Bermulalah hidup aku di JB.

2 tahun selepas tu, aku jumpa jodoh. Alhamdulillah, aku namakan dia Muhamad. Muhamad asal dari Perak, kerja di Johor. Kitorang kenal 7 bulan, tak sempat pon konon nak declare bercinta, Muhamad tiba-tiba hantar rombongan merisik. Pening jugak aku masa tu, sebab mak aku terkejut ade orang datang nak minang anak dia. Tapi alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Lepas discuss, Muhamad tak nak tangguh lama, takut maksiat katanya. Kitorang terus kahwin, tak ada bertunang pon. Tapi aku tetap dapat 2 cincin (1 merisik 1 tunang) hehe. Frust jugak la sebab aku berangan nak bertunang. Dah jodoh.

Kehidupan kami suami isteri normal je, cuma belum ada rezeki cahaya mata. Lepas 2 tahun lebih kahwin, dugaan untuk kami berdua. Jodoh kami tak panjang, kami berpisah. Tapi bukan sebab zuriat. Senang cakap, dah tak ada jodoh. Tapi kami berpisah cara baik, family dua-dua belah pihak pon sangat-sangat membantu. Solo la semula aku ni. Hidup dengan title ‘Janda’ ni memang menduga betul, lagi-lagi kalau orang aware kita ni janda. Entah la, ada sesetengah yang skeptikal sangat dengan golongan janda ni. Tapi yang lain tu, okay aje.

Aku masih mengajar di Johor Bharu, tapi mak aku suruh aku tukar dekat sikit dengan kampung. Senang dia nak datang melawat katanya. Tapi tak ade rezeki lagi buat masa ni. Satu hari mak aku datang jalan-jalan ke JB. Kebetulan masa tu cuti semester, jadi aku tak mengajar. Ada masa nak teman mak shopping & jalan-jalan. Aku bawak mak pergi makan seafood, favourite dia. Masa tengah tunggu makanan tu, budak waiter tetiba datang hantar sepinggan keropok lekor. Aku pon cakap lah ‘Dik, akak tak ade order keropok’ Rupanya salah table, table belakang kami yang order.

Aku paling belakang masa tuan table belakang cakap yang keropok tu dia punya. Ada 3 orang laki, kawan-kawanla kot, tak pon sedara bertiga tu. Lepas tu aku nampak, salah sorang dari yang bertiga tadi tu bangun. Zappp!!! Ada kat sebelah meja aku dan mak. Aku pon dongak. Korang pon boleh agak siapa kan. Ye, Ahmad. Entah berapa tahun aku tak dengar cerita pasal dia. Tengah makan jugak baru terserempak. Muka dia tak berubah sangat, macam sekolah rendah jugak. Cuma versi dah dewasa sikit. Ade misai sikit,janggut sikit,rambut dah rapi sikit. Macam tu la.

Bermulalah lepas tu, Ahmad insist nak contact number aku sebab dia kata lama sangat dia cuba cari aku tapi tak ada pon yang tahu. Memang la, lepas sekolah aku dah lost contact dengan kawan-kawan. Dia selalu contact aku lepas-lepas tu. Kadang-kadang ajak makan, ajak join main frisbee, ajak panjat gunung la. Tapi aku ni manalah ada masa sangat untuk semua tu, dalam 2 kali je aku keluar lunch sama dengan dia, tu pon sebab kebetulan hari tu kelas sampai tengahari je.

Satu malam tu, dalam 2 bulan lepas aku jumpa semula Ahmad masa makan seafood dengan mak. Ahmad whatsapp panjang sangat. Panjang berjela. Aku pendekkan je la. Dia kata dia masih cari aku sebab dia nak sangat jumpa aku, dia masih ada hati kat aku & dia nak kahwin dengan aku. Masa tu humble nye rasa, sebab dia tak tahu aku ni janda. Dia tak pernah tanya pasal history aku selama kitorang lost contact. Jadinya aku pon tak ada la cerita apa-apa.

Soalan pertama aku tanya Ahmad, dia dah kahwin ke? Ahmad kata dia belum kahwin, dia kata kalau lagi setahun dia tak jumpa aku, dia nak suruh mak dia carikan calon isteri. Gituuuuuu. Aku tanya dia lagi ‘Betulke nak kahwin dengan saya?’. Bersungguh dia reply whatsapp panjang bukan main sampai aku tak sempat pon baca, dah tertidur dulu. Bangun esoknya baru aku baca, tapi tak sempat nak reply. Sebab aku ada kelas, lagi satu panjang sangat ayat si Ahmad ni sampaikan aku tak boleh nak hadam lagi apa dia nak cakap.

www.kedaiebook.com

Masa tengah mengajar, telefon aku vibrate. Ahmad call. Aku tak angkat sebab tengah mengajar. Vibrate lagi, kali ni mak pulak yang call. Aku angkat la terus, sebabnya mak jarang call masa waktu aku kerja melainkan ade urgent matter. Mak cakap, Ahmad & keluarga datang meminang. Ah sudah! (Mak aku kenal Ahmad jugak, ye la budak famous masa sekolah kan) Mak kata ‘Kama, macam mane ni?’ Masa tu aku tak boleh fikir sangat, jadinya aku cakap kat mak ‘Tunggu Kama habis kelas, Kama balik’ Haritu kelas aku sampai pukul 5.30pm. Habis je kelas, balik rumah kemas baju zasss pecut balik Pahang.

Dalam pukul 9 aku sampai rumah. Ada 2 biji kereta, kereta Ahmad & family la kot. Belum sempat keluar kereta, aku nampak mak tercegat kat depan pintu. Air muka mak biasa je. Aku keluar, salam mak. Mak terus cakap ‘Si budak Ahmad ni bawak keropok lekor seplastik’ Lega sikit sebab aku ingat mak nak cakap dia bawak cincin merisik.HAHA. Lepas tu mak cakap lagi ‘Ni ha cincin, besar batu nye. Cantik!’ Meleset. Mak tunjuk cincin merisik lepas tu kitorang berdua masuk rumah.

Dalam rumah ada mak Ahmad, Ahmad, seorang perempuan pangkat makcik (which aku rasa mungkin mak sedara dia kot) & lelaki dalam lingkungan akhir 30-an. Aku minta diri nak masuk kejap, nak mandi. Padahal aku saja nak melambatkan masa, so diorang bosan then diorang balik. Meleset lagi. Dari petang diorang sanggup tunggu aku dari JB, takkan la nak balik gitu saje kan. Siap mandi, aku pergi depan duduk sebelah mak. Terus mak Ahmad tanya ‘Kama nak kahwin dengan abang?’ (Abang=Ahmad)

Aku terus rasa sebak masa tu. Bukan terharu sebab ada orang masuk meminang secara tiba-tiba. Tapi aku rasa bersalah sebab tak terus terang tentang status aku. Entah kenapa aku ni judgemental sangat pasal status janda aku ni. Tetiba menangis beriya, tersedu-sedu aku kat situ. Lepas tu mak aku pon ikut nangis jugak, mak Ahmad pon. Pesta menangis la kitorang kat situ kejap. Bila dah reda sikit, aku cakap kat mak Ahmad ‘Acik, Kama ni janda’ Pendek, itu je ayat aku.

Suprisingly, mak Ahmad tenang je. Dia kata, dia tak kisah la aku janda ke, anak dara ke. Ahmad memang suka sangat kat aku. Kalau anak dia dah suka, dia terima. Dia nak anak dia kahwin dengan orang yang Ahmad sayang. Mak dia cakap, lepas kitorang terserempak masa makan seafood tu, malam tu jugak Ahmad call nak suruh mak dia meminang sorang perempuan ni. Mak dia kenal perempuan ni, kata Ahmad. Aku jawab ‘Ye lah makcik, waiter tu salah hantar keropok lekor’ Bila pikir semula, dah kenapa cakap pasal keropok je.

2 bulan aku minta masa dengan Ahmad & family dia untuk fikir. Diorang pon tak kisah. Selama 2 bulan tu, aku & Ahmad macam biasa. Tak ada pon kerap jumpa ke, testing nak bercinta ke. Tak ada. Aku mengajar macam biasa, Ahmad pon kerja macam biasa. Dalam masa 2 bulan tu jugak, aku buat solat istikharah. Boleh kata setiap malam, tapi macam tak ada petunjuk pon. Mungkin aku tak ikhlas masa solat tu.

Cuma ada satu petang, aku pergi pasar malam nak cari ikan untuk buat lauk. Aku rasa macam pelik sangat, sebab setiap kali aku lalu depan peniaga keropok lekor diorang akan cakap benda yang sama. ‘Dik, keropok dik. Murah dik. Mari beli dik buat tambah rezeki kitorang meniaga’ Sama,setiap peniaga keropok lekor cakap macam tu. Tapi yang meniaga air, baju, buah tak ada pon cakap macam tu. Aku ingat memang itu la ayat diorang guna untuk tarik pelanggan. But it’s obviously not. Balik rumah petang tu, aku pikir panjang.

Malam nya, mak call. Mak tanya ‘Kama dah ade keputusan?’ Aku dengan confident nye cakap ‘Dah’ Mak cakap lagi ‘Alhamdulillah,
mak call mak Ahmad ye’ Aku pon cakap ‘Ok’, lepastu letak telefon. Hebat kan kuasa Allah. Aku tak cakap pon sama ada aku setuju/tak setuju kat mak. Tapi mak dah tahu keputusan aku. Ye aku setuju terima lamaran Ahmad. Tapi aku request, nak buat kenduri kesyukuran + tahlil untuk arwah abah aku & jugak arwah abah Ahmad. Tak ada la bersanding ke, bunga telur ke. Ahmad tak kisah, family dia pon tak kisah.

Alhamdulillah, cuti CNY haritu kitorang selamat diijabkabul. Doakan aku & Ahmad, semoga jodoh kami berkekalan. Aku masih sibuk mengajar, Ahmad pon dengan kerja dia. Ahmad kerja kat pelabuhan Pasir Gudang. Muhamad? Aku ada bagitahu yang aku dah menikah, dia ucap tahniah. Dia pon nak menikah lepas raya tahun ni. Alhamdulillah.

Masa prepare untuk kahwin haritu, Ahmad ada request nak keropok lekor untuk kudapan tetamu. Laki aku ni memang tak jauh dengan keropok lekor agaknye. Masa kami on the way balik JB lepas kahwin, sempat lagi dia singgah Mersing beli keropok lekor. Jadinya aku prepare je la lepas ni hari-hari goreng keropok lekor untuk suami.

Itu sahaja la cerita aku. Percaya pada jodoh. Allah dah susun atur hidup kita ni cantik sangat. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Terima kasih!

 


Penulis : Puan Kama

Klik sini untuk kongsi cerita anda.

You Might Also Like