UMUM

Hati Seorang Lelaki

Nama aku farah. Keluarga ku panggil aku fara. Aku mempunyai seorang abang dan kakak. Kakak aku sulung, dan abang aku anak kedua. Dan semestinya aku yang bongsu. Ayah aku seorang pensyarah. Dan mama aku suri rumah. Ayah aku seorang yang penyayang. Sayang dia lagi lebih dari mama aku. Risau dia lagi lebih dari mama aku.

Aku masih belajar. Yeah. Aku seorang student iium. Apa yang aku hendak ceritakan disini adalah berkaitan dengan abang aku. Nama dia kita panggil sahaja angah. Angah seorang yang independent. Dari kecil sampai sekarang. Hidup dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Tetapi yang menjadi masalah, dia suka menyendiri.

Antara kami adik beradik, hanya angah yang tinggal di asrama. Jauh pula tu. Angah jenis suka duk jauh. Kadang kadang aku terfikir, tidak ada kerinduan ke di dalam hati dia. Rindu keluarga. Rindu mama ayah ,rindu rumah. Hati angah kadang kadang amat keras. Dia pemarah. Dia juga suka memberontak. Apa yang tidak kena, dia akan cakap. Apa dia tidak suke, dia akan cakap dan lari darinya. Dia juga pernah cakap kepada aku, prinsip dia, suka duk jauh. Ah aku pening fikirkan prinsip hidup dia.

Aku tak suka angah. Dia jarang berbual dengan aku. Sehinggalah sekarang die sudah berkerjaya, dia amat jarang berbual dengan aku. Kalau whatsapp, ada la sebulan sekali. Call jangan harap. Aku yang kena call dahulu. Berbeza dengan along (kakak sulong). Dia seorang yang peyayang. Mewarisi lemah lembut mama ku. Aku selalu bersama along berbanding angah. Bagi aku, angah seorang yang tidak ada kasih sayang dalam diri dia. (jahat nya aku)

Kisah nya bermula november yang lepas. Masa itu, ayah dan mama berada di kampung. Melawat saudara di sana. Dan ayah ambil cuti seminggu untuk ke sana. Ayah dan mama bermalam di rumah arwah atuk aku.

Pagi subuh, hari jumaat. Mama telefon aku. Aku baru selesai dari solat. Suara mama tenang. Tetapi aku dapat rasa kelainan. Mama tanya khabar aku, buat apa. Dan ayat terakhir mama cakap , membuatkan aku rasa lemah.

“Ayah dah tiada. Nanti angah ambik adik,balik sini. Mama da bagi tahu angah”

Aku senyap. Bisu. Seakan mengerti, mama hanya memberi salam dan suruh aku bertenang. Dan menamatkan perbualan telefon.

Aku masih kaku. Air mata deras mengalir. Terasa bagai mimpi. Baru semalam bercakap dengan ayah.

Aku bersiap. Mandi. Kemas pakaian dan menanti panggilan along dan angah. Aku bongsu kan . Along menelefon aku, sambil menangis. Along dari JB. Dia sambung berkerja di sana. Kami bercakap hanya sekejap, kerna kebetulan angah menelefon aku.

Angah: ada mana? Angah kat wangsa maju da ni. Da tahu kan? Cepat siap.

Ringkas angah cakap. Aku cuma iyakan sahaja. Tidak ade riak sedih di suara angah. Ah angah, memang gitu. Bukan ade taman pun dalam hati dia. Hati aku memarahi angah.
Selang 15min, angah sampai. Sambil membebel pak gad tanya macam macam kat dia. Aku hanya diamkan. Tidak kuasa nak menambah,atau menenangkan hatinya.

Angah meluncur laju keretanya. Mentang mentang kereta baru. Oh ya, angah kerja as engineer. Aku tak sure kerja apa. Tetapi mama pernah cakap, angah dapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi untuk usia muda dia. Aku pernah bertanya. Tetapi angah tidak menjawab. Dan aku malas nak bertanya banyak kali,sebab angah tidak suka orang tanya banyak kali. Macam keje FBI, rahsia.

Masa angah memandu, aku tengok wajah dia. Biasa. Mata tidak merah seperti aku. Pipi dia bukan seperti aku, basah dengan air mata. Aku rasa along pun macam aku. Dalam hati aku tertanya, tidak sedih ke angah. Tetapi persoalan itu ku biarkan.

Angah memandu ke arah selatan. Aku cuba bertanya angah mengapa ke sana, kita kan nak ke kelantan. Angah cakap balik naik flight. Cepat sket.

“la dah kalu naik flight, nama tak cakap awal2, elok adik pergi je klia, jumpe angah di sana”
“orang da ambik ni, senyap sudah la”balas angah.

Aku diam. Aku tahu angah macam mana. Dia abang aku. Aku malas nak panjangkan kisah sukarelawan dia mengambil aku dari semenyih ke gombak dan ke klia. Biar. Biar.

Aku sampai di kampung selepas zohor. Sebelum naik flight, mama ada telefon aku. Mama cakap, jenazah akan di semadikan lepas asar. Sampai di airport kb, pak cik aku dah ada menunggu di sana. Aku diam sahaja. Dia banyak berbual dengan angah dari airport sampai ke rumah. Oh ya. Kampung aku di pasir mas.

Sampai je disana, along belum tiba. Along drive dari jb ke kuala lumpur. Dan akan naik flight dari sana. Mama sudah bagitahu along, kalu tak sempat tak apa. Along pun sudah redha bila mama cakap macam tu.

Keluar je dari kereta. Mama menyambut ku. Masing masing kaku. Aku menatap mama. Mama lihat ke dalam mata aku. Diam. Sunyi. Lama berkeadaan begitu. Mata ku mula berair. Tiba tiba hatiku kembali sayu. Aku memeluk erat mama aku. Tangisan aku berderai. Aku peluk mama. Aku sayang mama. Lama aku peluk mama. Lepas tu mama leraikan pelukan aku. Mama pergi ke angah. Angah tengah buka bonet belakang kereta. Nak mengangkat beg. Mama tanya khabar angah. Mama tidak tanya pun keadaan aku.

“angah okay ke? Tak pe ke tinggal kerja ni”
“okay je ma..tak pe, bos da bagi cuti” balas angah. Senyuman terukir di bibirnya. Senyum kelat.

Selepas mendengar jawapan angah dan senyuman angah. Mama menangis dan memeluk angah. Tangisan mama lagi berderai daripada memeluk aku. Angah terkejut. Memang angah jarang memeluk mama. Jarang atau memang tidak terus. Angah membalas pelukan mama. Angah dia. Angah pejam mata. Seperti mengimbau sesuatu. Lama mereka begitu. Aku hairan. Mengapa mama lebih lebih. Angah tu dah la mcm xde perasaan je.

Mama meleraikan pelukannya. Dia menepuk dada angah. “ angah kena kuat”,kata mama. Mama datang ke arah aku, mengesat air mata. Mata mama merah. Tak pernah aku tengok mama menangis macam tu. Aku tertanya, kenapa dengan angah macam tu.

Aku bertanya keadaan mama, okay ke? Mama dia. Mama cuma membalas dengan bertanyakan keadaan angah sepanjang perjalanan dari kl ke sini.

“angah okay je. Mcm xde pape berlaku pom” aku menjawab dengan nada sedikit mendatar. Geram dengan angah.

“angah memang macam tu. Adik tak tahu angah macam mana. Mama tahu” jawab mama.

Aku diam. Cuba mencerna ayat mama. Aku adik dia. Aku tahu juga angah macam mana. Aku diam. Malas dan bersoal jawab pada waktu ini.

Aku,angah dan mama masuk ke dalam rumah. Selesai angah letak beg. Angah terus ke sisi ayah. Angah tengok ayah yang da berbungkuskan kain. Angah diam. Aku nampak mulut dia terkumat kamit. Aku duduk bersila di tepi angah. Rupanya angah membacakan surah yasin. Di situ aku kagum dengan angah. Angah seorang yang baik sebenarnya. Dia memang menghafal beberapa surah panjang. Termasuk la al baqarah. Antara aku,along dan angah. Angah la paling alim actually. (alim skit la. Bukan tahap lebai pakai serban. Hehe)

Akhirnya semua selesai. Along sampai maghrib. Tidak sempat melihat ayah buat kali terakhir. Malam itu, rumah sunyi. Semua macam tiada modal untuk dibicarakan. Cuma angah je. Asyik dari tadi ketawa dengan pak cik pak cik surau di luar rumah. Aku pun tak tahu sampai bila dia bersembang di luar. Yang pasti aku tidur awal.

Keesokkan pagi. Aku terjaga lewat dari tidur. Aku bergegas ke tandas untuk ambil wuduk dan solat subuh. Sampai aku di pintu tandas, aku terdengar esak tangisan seorang. Aku mendiamkan diri. Cuba mendengar. Takut hantu. Pintu tidak tertutup rapat. Aku lihat angah di dalam. Angah menghadap cermin. Dia tengah gosok gigi. Mulut nye masih berbuih dengan ubat gigi. Aku lihat mata angah merah. Berair. Pipi dia basah.lama aku melihat angah sebegitu. Aku tertanya tanye. Mengapa. Sakit gigi ke. Lalu aku mengetuk dan bertanya , angah okay ke?

Laju laju angah berkumur dan basuh mukanya. Selamber dia keluar. Okay je. Muka tersengih2. Aku sepak jugak budak ni.hehe. Aku terus masuk dan ambil wuduk. Solat dan turun ke dapur untuk minum. Ternampak angah di situ.aku duduk sekali. Angah minum air kosong je. Dan aku rajinkan diri buat air milo panas untuk angah. Aku hulurkan kepada angah. Angah tersenyum. Aku rapatkan kerusi di sebelah angah. aku memeluk angah dan melentokan muka ku di bahu angah. angah diam. Tiada respon.

“abah da tak de,ngah”
angah diam. Tanpa sedar tangan die mengusap ubun kepala ku.
“boleh adik tanya angah satu benda,tapi janji jangan marah”
“hurmmmm..tanyalah” angah menjawab. Suara mendatar. Serak. Suara dalam.
“angah okay?nape td” (merujuk kisah tengah gosok gigi)
“hmmmmmmm”
“Dulu, masa mula mula angah masuk asrama. Mama ada cerita. Ayah rindukan angah. tak ada dah orang yang akan gosok gigi bunyi kuat pagi pagi hari. Tadi masa angah tengah nak bersiap ,nak mandi. Tengah gosok gigi. Tiba tiba teringat ayah. Pelik kn?gosok gigi je pon” balas angah. di hujung nya, dia selitkan sebuah tawa. Aku tahu itu hanyalah untuk hiburkan aku.

Aku terdiam. Aku menangis. Tiba tiba teringat arwah ayah.
“angah rindu ayah”
“rindu” ringkas. Dan angah bangun berlalu pergi. Ada nada sedih di suaranya.

Aku menangis di meja. Kebetulan mama datang. Mama nak siapkan sarapan untuk kami. Mama mengusap aku. Bertanya kenapa, lalu aku ceritakan kisah tadi ke mama.

Mama tarik kerusi perlahan lahan. Mama duduk di sebelah aku.
“angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah, adik along anak mama. Angah selalu dengan ayah. Sebab itu masa angah mula mula masuk asrama. Ayah rindu angah. sampaikan bunyi gosok gigi pun ayah rindu. Dulu ayah yang hantarkan angah ke sekolah. Pagi pagi sudah riuh. Angah selalu bangun lambat. Malam riuh juga, angah selalu malas belajar. Tetapi malas malas angah, dia lah paling geliga antara kamu bertiga”

angah memang bijak. Gaya belajar macam budak nak gagal semua mata pelajaran, tetapi tengok result. Huh jeles aku.

“adik tahu napa mama sedih sangat semalam semasa bercakap dengan angah masa adik angah baru sampai?”
aku mengeleng ngeleng kepala
“sebab mama tahu angah macam mana. Di luar dia buat macam tak ada ape berlaku. Dalam hati dia. Dia menangis”
aku terdiam.
“adik lain. Bila mama tengok adik. Mama tahu adik sedih. Adik dah luahkan segala galanya. Kesedihan adik, adik da luahkan. Tetapi bila mama tengok angah. mama sedih. Sebab mama tahu angah simpan sedih dia seorang diri. Dia tidak mahu mama sedih. Angah,keras dia, marah dia, tapi dia sayang adik. Dia sayang along”

“dia simpan sorang. Angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah.

tanpa sedar, aku akui semua itu. Angah memang camtu. Dia diam. Dia banyak membebel kalau ayah suruh ambik aku hantar ke sana,hantar ke sini. Tetapi dia buat juga. Kalau aku cakap aku lapar, walau bergurau. Akan ada sampai domino di bilik aku. Kalau aku cakap xde kredit topup. Angah masukan je ke no aku tanpa beritahu aku.

Mama cakap lagi
“angah tu, dia jarang telefon mama. Adik ngan along je yang selalu telefon mama ayah. Tapi sekali angah telefon, dia akan cakap sejam dua jam dengan mama. Dia selalu tanya pasal adik dengan mama. Pelajaran adik, berat badan adik..”

aku memeluk mama. Hanya mendengar luahan mama

“itulah Hati lelaki” kata mama.

 


Penulis : Fara

Sumber

Klik sini untuk kongsi cerita anda

Read More...

UMUM

Pengantin Laki Hensem, Tak Padan Dengan Pengantin Perempuan Tu

Dulu aku pergi satu kenduri kahwin. Lepas aku dah kenyang dengan lauk kenduri yang sedap, aku dengar la ada suara sumbang lagi sumbing kat belakang aku ni.

Aku bukan nak amik port tapi makcik tu sembang kuat sangat. Dah la gigi makcik tu terjulor keluar. Lagi pun kuat sangat DJ pasang lagu pengantin baru.

“Pengantin laki tu hensem tak padan dengan pengantin perempuan tu. Cari la yang lawa sikit. Mekap pompuan pun tebal. Pondan la tu mekap”, kata makcik gigi tu. Aku pun tengok muka husband dia yang tengah makan tu. Laki dia ada rupa jugak tapi muka makcik tu macam penyapu ada la lagi mau kata orang.

Dah banyak kali aku dengar suara-suara macam tu. Biarlah dia nak kawin dengan sapa pun sebab dia dah pilih dan selesa dengan jodoh dia. Tak semestinya rupa. Nak puaskan hati orang buat apa.

Yang keluarkan duit kos kau kawin kenduri  tu kau semua. Bukan mulut orang lain yang busuk akibat gigi berlubang yang tak ditampal. Dah la berlubang, ada sisa satay daging 3 hari pulak tu. Ahh bau jibake.

Anak sendiri pun muka macam belacan. Jadi tak perlulah nak kata kat orang. Jika kita pun belum kawin, jangan lah kata kat jodoh orang lain takut pasangan kau esok-esok ni dapat muka penyapu jugak. Kalau tak ada cermin bagitahu, aku nak bagi masa hadiah besday.

Apa-apa pun kepada pasangan yang dah kawin sekarang, bersyukur dengan jodoh. Paling penting jaga kesihatan, jaga agama, jaga penampilan walaupun rupa biasa-biasa pipi tembam hidung kembang. Kalau dijaga, lama-lama akan jadi hensem ataupun cantik.

Kawan pompuan aku masa sekolah muka dia ya rabbi.. Rasa nak je tepok mulot laju-laju. Bila dah besar, muka cantik, kulit gebu, dan badan pun tip-top. Rasa nak peluk ceom pun ada. Kembang kembang keras jugak lama-lama tengok.

Biarlah jodoh orang tu dengan sapa pun. Tak perlu kita judge seolah-olah kita malaikat. Bukan dia kawin dengan beruk. Bersyukur la pasangan kau tu tak kena kebas.

 


Penulis : Hafiz Mansor

Sumber

Klik sini untuk kongsi cerita anda

Read More...

UMUM

Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin

*Gambar sekadar hiasan.

 

Assalamualaikum and hye. Tq kat admin kalau sudi siarkan cerita aku ni.

Nama aku Aimi. Umur 26 tahun dan inshaaAllah akan berkahwin bulan 4 ni jika ada ‘rezeki’. Apa yang aku nak cerita ni, bukan nak bukak aib sesiapa. Apatah lagi membuka pekung di dada. At the end, kalau korang sudi, korang bagi lah aku pendapat or nasihat.

Read More...

UMUM

Tidak Ada Orang Madagascar Yang Menonton Wayang

Aku ambek gambar ni sehari selepas kenaikan minyak di Malaysia, stesen minyak Shell yang tak jauh dari kedai bapak mertua aku di ibu kota Madagascar. Macam yang korang nampak, barisan kedua adalah RON 95. Matawang negara ini ialah Ariary, korang boleh cek Google untuk sahkan kadar tukaran yang tepat; jadi untuk satu liter RON 95 di Madagascar berapa?

Read More...

UMUM

Rumput Karpet Untuk Abah

Dear Abah,

Pertamanya sorry bah, Emen dah terpengaruh dengan trend budak-budak zaman sekarang yang segala mak nenek nak update kat wall fb, tapi bah, kalau tak update kat fb takkan nak lukis kat dinding rumah plak kan.

Keduanya, masa abah hidup, kami jarang gila nak tengok abah kat bote, tambah-tambah budak 2 ekor ni, cukup liat nak tengok abah, tapi alhamdulillah bah, nak ajak bersih kubur, buat kubur, sekali ajak jer terus on,

Read More...

UMUM

Normalisasi Pornografi

Assalamualaikum Admin.

Aku harap admin sudi approve cerita aku, sebab ada perkara penting yang aku nak sampaikan kepada rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, aku budak UIA. Tahun satu.

Aku tulis ni dengan perasaan sebak dan air mata yang berjuraian keluar.

Entahlah. Aku tak tahu mcm mna nak describe perasaan ni.

Read More...

UMUM

Jodoh Keropok Lekor

Assalammualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita aku ni.

Sedikit intro pasal diri aku. Aku Kama, perempuan & berasal dari Pahang. Berkerja sebagai pensyarah di Johor Bharu. Sebelum tu aku nak cakap yang cerita aku ni sangat panjang. Kalau berminat untuk tahu secara details, korang baca la setiap perenggan.

Read More...

UMUM

Berdosa Tak Agak-Agak Aku Doakan Ramai Orang Meninggal Setiap Hari

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Read More...

UMUM

Jangan Terlalu Menunjuk Kebaikan Diri, Takut Keikhlasan Tu Tiada”

Assalamualaikum

Aku Maira. Aku budak kolej biasa-biasa je. Maaf kalau intro tak berapa nak cun tp aku cubalah utk menulis sehabis baik buat pembaca.

Ramai sibuk cerita pasal mental disorder lah, housemate la, roomate la, mmg cerita ni ikut musim ke? Buat confessor yg cerita pasal roomate yg islamik tu, tahniah la sb dpt kawan yg zahirnya mmg nampak kebaikan dan kau sedarinya sendiri.

Read More...

UMUM

Harta Tersembunyi Peninggalan Arwah IV

Salam. Sorry buat korang menunggu. Dalam part terakhir ni, ada banyak penjelasan yang mungkin boleh buat korang pening, so, minum air dulu. Then baca.

Aku tahu ramai yang fikir tentang keluarga aku dan keselamatan aku. Aku dah letak diri aku dalam bahaya from the very beginning of this confession lagi. Aku ready untuk menerima apa2 consequences. Sebab aku percaya, aku tahu apa yang aku buat. Sincerely, takde sebab kenapa aku dalam bahaya.

Read More...