MISTERI, TRAVEL

Azrul Bersama Lelaki Berjubah Putih Ketika Hilang di Bukit Broga

Azarul hilang pada 22 Januari 2017 dan dijumpai pada 28 Januari 2017.

Sekilas apa yang dilalui oleh adik Azarul sepanjang dia tersesat ke alam lain.

“semasa disana dia dijaga oleh ramai org lelaki yg pakai jubah putih. dia cuma nampak ada 2 org perempuan. mcm bidadari katanya. cantik tak tau nak digambarkan macam mana.. perempuan tu ajak dia kawin. dia tak nak. banyak syarat dia. antara syaratnya. dia tidak boleh balik jumpa mak ayah. kalu langgar syarat dia akan jadi gila, dan perempuan tu akan jadi cacat. bermula pada hari ketiga dia disana perempuan tu ajak kawin, dia tolak. sampai hari ke 7 pun dia tolak jugak. disebabkan itu dia dilepaskan. menurutnya, kalau dia tak balik jugak pada hari ke 7.. maknanya dia kawin dengan perempuan itu.. disana dia solat mcm biasa. disana hanya boleh buang air kecil je. buang air besar tak boleh. disana mereka hanya beribadat sahaja..
menurutnya lagi, masa hari kejadian petang dia hilang tu. masa dia nk naik. dia nampak sorang budak. budak tu ajak ikut dia.. jalan tu ada 2. kiri/kanan. dia pilih kiri. itu punca dia sesat. disana dia duduk dalam gua & tido atas batu.”

ni lah antara yg diceritakan kepada En Roslie sewaktu bersama duduk di dalam wad Hospital Kajang malam tadi.

“Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui…

#allahuakbar

________________________________________________

Sekian, dari saya YusReen Eryn .. diharap informasi ini dapat merungkai segala pertanyaan semua keatas kejadian ini.

Maaf dari saya andai ada kekurangan dlm menyalurkan informasi.

Doakan agar adik Azarul sembuh sepenuhnya seperti sediakala.

Terima Kasih .

 


Penulis : YusReen Eryn

Klik sini untuk kongsi cerita anda

Read More...

MISTERI

Dia Marah – UiTM Lendu

UiTM lendu memang sangat cantik,suasananya friendly,walaupun ada je orang yang tak friendly.Kawasan yang menenangkan bagi pencinta alam semulajadi.Cewahh.sebab UiTM lendu ni terletak di Alor Gajah,melaka dan dikelilingi oleh hutan,UiTM lendu ni letaknya ditepi jalan dan berhadapan dengan UiTM ni ada rumah-rumah sewa yang kebanyakannya disewa oleh pelajar-pelajar disitu.

Read More...

MISTERI

Sesat di Midvalley

Salam pada semua pembaca OK!. Sebelum aku nak ceritakan kisah yang aku alami, sebenarnya aku bukan peminat kisah-kisah seram ataupun misteri, tapi kejadian yang berlaku ini betul-betul memberi kesan terhadap diri aku. Kawan sebilik aku yang menunjukkan page OK! ini setelah aku ceritakan kejadian yang berlaku, katanya, “mungkin kau boleh kongsi pada semua terutama student UM, hahaha”. Maafkan aku sebab menggunakan kata ganti diri “aku” supaya lebih selesa dan kena dengan mood aku nak menaip. Okay kita mulakan.

Read More...

MISTERI, TRAVEL

Misteri Gunung Stong

PERJALANAN MENDAKI
Kisah Seram ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan. Kami sampai ketapak perkhemahan Gunung Stong jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami.

Read More...