UMUM

Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin

Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin thumbnail

*Gambar sekadar hiasan.

 

Assalamualaikum and hye. Tq kat admin kalau sudi siarkan cerita aku ni.

Nama aku Aimi. Umur 26 tahun dan inshaaAllah akan berkahwin bulan 4 ni jika ada ‘rezeki’. Apa yang aku nak cerita ni, bukan nak bukak aib sesiapa. Apatah lagi membuka pekung di dada. At the end, kalau korang sudi, korang bagi lah aku pendapat or nasihat.

Cerita dia bermula aku dan tunang aku ni, dah plan nak kahwin dari tahun lepas, means setahun sebelum. Bertunang dah 8 bulan. Bertunang cost RM500 je tu pun cost beli cincin. Ok lah kan asal buat syarat. Tunang aku ni anak bongsu dari 3 beradik. Ada kakak and abang. Dua-dua dah kahwin ada anak dah pun. Beza tunang aku and Abg kakak dia ni, tunang aku more independent. Lagi merasa hidup susah. Semua buat sendiri. Beza dengan kakak and Abg dia, dari dulu hidup senang sebab mak ayah agak berduit, kahwin pun mak ayah support. Sampai dah ada anak pun kadang-kadang melekat kat mak dorang minta bantuan hujung bulan. Boros and kadang-kadang pun minta duit kat tunang aku. Tunang aku ni jenis yang chill, bagi dia, duit boleh carik. And dorang adik beradik memang rapat. Aku pun okay enjoy dengan dorang.

Nak dijadikan cerita, kitorang nak kahwin ni, decide seratus peratus guna duit sendiri. Sesen tak minta kat mak ayah. Sebab tahu keadaan masing-masing macam mana kan. And kitorg pun dah decide nak buat satu majlis je. Senang cerita. Setel satu hari. So disebabkan kahwin fully duit kitorang, so aku harap tak ada apa-apa campur tangan dalam urusan kahwin kitorang, melainkan yang perlu la yang memang kena melibatkan pandangan mak ayah. Nak buat kat mana pakai baju apa doorgift apa hantaran apa semua terpulang kitorang. Jangan nak memandai mintak itu ini (terutama adik beradik sedara mara).

So dipendekkan cerita, aku lah tukang budget planner, tunang aku mmg serah semua kat aku. So aku bentang kertas kerja sekian sekian overall total semua no hidden no additional cost, termasuk honeymoon termasuk barang hantaran baju family semua, senang cerita semua lah A to Z, total RM35,000 untuk 1300 tetamu dua-dua pihak. So jumlah tu dibahagikan dua, setiap sorang kena kumpul RM17.5k. Tunang aku setuju. Aku takde hal lah tak ada wang hantaran, asalkan majlis jalan elok setel.

Dijadikan cerita, aku uruskan semua benda, and bahagian tunang aku just untuk bayar Catering sahaja which is 2 bulan sebelum majlis. So far bahagian aku semua dah setel, tinggal tunang aku jela dia nak bayar bahagian dia next month. And dia jujur dengan aku, dia dah kumpul dalam 20k, so selebihnya dia kata nak guna untuk beli gelang aku buat batal air semayang. Aku pun macam ‘eh aah la lupa pulak cost untuk batal air semayang, tq eh’

Korang nampak semua macam smooth je kan, happy ending je kan, ha nak dijadikan cerita minggu lepas, family tunang aku ajak dinner rumah dorang. Macam nak ajak sembang jugak lah. Aku on je la sebab memang aku baik dengan family dorang pun. So boleh la aku serah kain part family dorang untuk buat baju sekali kan dah alang-alang. Sebelum tu aku tanya tunang aku gak, nak menyembang apa tu nanti. Tapi dia macam senyum je. Suram je weh. Aku macam dah cuak. Apahal ni. Tapi last sekali dia cakap, ‘apa-apa pun kita tetap akan kahwin k sayang’. Ah sudah. Aku kecik kan mata then hmm what eva. Nak prank la tu haha.

Pung pang pung pang tiba dinner hari kejadian, aku pun sampai lah rumah dorang. Lauk sedap memang special. Kitorang makan dengan happy nya. Dah setel makan cuci pinggan mangkuk ayun semua, all of us berkumpul kat ruang tamu. Aku pun dengan excited nya menyerahkan kain pasang dekat dorang, mak ayah, kakak Abg ipar, Abg and kakak ipar. Siap baju anak-anak dorang lagi aku belikan. Cuma taylor sendirian berhad la. Sendiri design sendiri bayar hehehe. Dah habis sesi agihan, tiba-tiba mak dia tanya,

‘Macam mana persiapan Mi, dah siap ke?’

‘Alhamdulillah dah selesai aunty, tinggal Aiman jela part dia nak bayar balance catering bulan depan. Lepas tu goyang kaki sampai tunggu majlis huhu’

Dengan yakin dan saksama nya aku utarakan progress kahwin kitorang. Then bermula lah….

‘Aunty sebenarnya nak bincang satu benda.. 2 hari lepas Mika (anak Abg tunang aku) pergi hospital sebab sakit perut dan demam, then Dr sahkan mika ada appendix dengan sakit lain (apatah tah aku x ingat tapi berkaitan hati la), and kena bedah dalam masa terdekat ni. Cost operation kena tambah lagi RM17k….’

Dup dap jantung aku. Terkejut+kesian+berdebar tunggu apa benda seterusnya.

‘So angah tak cukup duit nak bedah mika.. Kami tanya Aiman kalau nak pakai duit kahwin dia dulu.. Aiman suruh tanya Aimi’

DUSHHH!!! Sudah. Tanya aku? Di khalayak family dorang ni? Hello?? What do you expect? Pergh hati aku ni, memang mereng sekejap masa tu. Aku pandang Aiman, aiman pandang aku sayu je. Aku tahu dia serba salah, yelah anak buah kot. Tak tolong salah, kalau tolong? Duit Catering cane woi.

Then aku tanya ‘ angah bukan ada medical card untuk mika ke, Aimi pernah nampak angah share post insurans dulu yang angah amik dengan kawan angah. Tak boleh guna ke?’

Then he said, ‘tu lah, angah dah lama tak update payment, so da tak valid Aimi..’

Oh my God. What the. Kerja manager kot. Tak mampu bayar ke apa? Boros kan. Boros lagi. Aku tahu dia boros sebab Aiman lah cerita kat aku perangai dia, beli motorbike lah, Helmet sampai riban riban. Sampai keperluan anak sendiri tak amik berat.

So aku mmg diam je weh masa tu. Memang nampak lah muka aku berubah. Dalam hati aku memang aku nak sangat-sangat aiman stand still cakap no. Tu duit kahwin. Mohon angah cari alternatif lain. Tapi dia diam je, dia pandang aku. Sayu gila muka. Aku tahu sebab dia memang family man. Tapi barai dapat adik beradik lengai macam ni.

Then mak dia tanya aku,

‘Aimi ok ke? Kalau pakai duit aiman dulu.. Nanti kita cari duit nak bayar.’

I was like, lagi 3 minggu kot Catering mintak. Sempat ke? Then angah dia cakap

www.kedaiebook.com

‘Tak pun aiman apply loan, nanti bulan-bulan angah bayarkan. Ok tak?’

No! BIG NO! Jerit aku dalam hati. Kau lah buat loan, asal nak susahkan adik kau. Tak habis-habis kan perguna adik sendiri. Takde rasa bersalah langsung. Pergi la mintak donation. Haaa tahu malu. Tu lah selalu nau nunjuk motorbike lah Helmet baru la kat FB, tahu malu bila orang tahu medical card anak pun tak bayar.

Aku serius diam. Last-last Kaklong dia cakap, ‘Kalau postpone majlis boleh ke’

What!!! Kali ni aku jawab leklok dengan bijaksana nya, aku jawab

‘Rasa x boleh kot Kaklong sebab semua dah bayar untuk date tu nanti, plus tiket flight pergi Perth pun dah beli, hotel semua. Tak kan nak cancel pulak kan..’

Sayup je suara aku meminta simpati dan budi bicara. Korang tahu Kaklong dia jawab apa?

‘Ish awalnya pikir honeymoon, kahwin pun belum lagi huhuhuhu’ sambil gelak tersipu-sipu.

Hellooooo??? Duit aku, planning aku dah lama plan kot, sukati lah? Tak mintak duit sesiapa pun kan? Again. Dalam hati je.

At the end, aku mesej ibu aku suruh buat-buat call aku, then ibu call aku jawab macam kena balik sekarang. Lalu perbincangan habis di situ dan aku kata nanti aku bincang dengan Aiman balik.

Till now, aku tak tahu apa nak buat. Sedih weh. Aku cakap dengan Aiman,

‘Saya tahu awak serba salah, tapi ni masa depan kita kot, majlis kita yang da lama kita usahakan, saya bukan nak cakap apa, angah awak tu memang padan la muka. Boros sangat sampai kebajikan anak terlepas pandang. Dah jadi macam ni baru nak gelabah mintak tolong orang. Dia tahu awak ada duit memang lah dia mintak. So skrg macam mana?’

Ikutkan hati, aku tahu apa jadi kalau buat keputusan.

Keputusan 1 : Bagi je pinjam
– then buat loan? Bulan-bulan angah bayar? Mampu ke? Ingat ke dia? Hutang aiman sebelum ni pun buat-buat lupa. Bajet adik Abg sgt.
– then dah buat loan nanti kitorang nak Apply loan beli rumah pulak macam mana? Aiman ni tak pernah buat mana-mana loan lagi. Memang nak fokus kat rumah je. Kalau da buat personal loan tu, ccris lah.
– habis kahwin kita macam mana? Nak tangguh? Meminjam orang lain?

Keputusan 2 : tak bagi pinjam
– confirm semua pandang serong kat aku. Sebab dorang tahu aiman jenis yang akan tlg family. Kalau da tetibe tak tolong, ha hasutan aku la tu.
– hubungan dah tak berapa baik la. Ye la dah tak tolong. Padahal padan muka diri sendiri.

Ikutkan kira baik lah aku dah tolong adik dorang mudahkan urusan kahwin. Aku tak mintak hantaran pun. Handbag ke takda. Dulang tu nanti letak makanan and hiasan je. Padahal aku ada master, aku engineer, patut aku boleh demand lebih. Tapi aku tolong mudahkan. Asal jalan. Tapi kenapa eh dorang tak pikir langsung adik dorang? Tak kesian ke?

Haih pening weh. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Buntu. Tah jadi ke tak kahwin. Tetibe aku pikir, petanda takde jodoh kot. Tapi usaha 10000% dah. Saling cinta mencintai. Tapi halangan family dia pulak.

Sorry lah panjang. Just nak minta pendapat korang. Kalau angah dia baca pun peduli apa aku. Sila lah komen sekali pandangan kalau sudi.

Sekian.

P/s : korang jangan suggest suruh pinjam duit mak ayah aiman pulak sebab macam aku mention. Kitorang fully duit kawen pun sebab paham keadaan masing-masing. Mak ayah aiman da banyak loan untuk membantu lagi. Sekian kali ke-2

 

 


Penulis : Aimi

Sumber

Klik sini untuk kongsi cerita anda

You Might Also Like